Sesi Pembelajaran

| Sunday, November 15, 2009

Sesi Pagi

Rendah (Ibtidai’) – Darjah 3 hingga 6

Menengah (Thanawi) – Tingkatan 1 hingga 5

Sesi Petang

Rendah (Ibtidai’) – Darjah 1 dan 2

Tadika – 5 dan 6 tahun

Sabtu dan Ahad

Kelas Bimbingan Fardhu Ain – Darjah 1 hingga 5

(Terbuka kepada murid-murid luar yang tinggal berhampiran kawasan sekolah)

Sejarah Sekolah

|

SEJARAH SEKOLAH

* Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. hj Mohd. Ali pada tahun 1982.

Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di Dewan Hj. Zabidi.

* Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Kassim.

* Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1 Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan sebagai sebuah sekolah agama rakyat.

* Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin Alang Hamzah.


* Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Infrastruktur

| Thursday, January 22, 2009




Bangunan surau (tingkat atas) dan asrama putera (tingkat bawah)


Bangunan kelas



Bangunan kelas (2 tingkat) yang disumbangkan oleh pihak ETIQA pada tahun 2008




Pondok Asrama puteri



Pondok asrama puteri